Resipi Step By Step Buat Roti Jala Tembikai & Lobak Merah

Share

Comel Roti Jala Tembikai dan Lobak Merah ni. Idea perkongsian saudari Nor Fatihah ini memang sangat kreatif. Dari bancuhan roti jala biasa, anda boleh hasilkan roti jala berbentuk comel begini. Memang menarik. Nak makan pun terasa sayang. Sesuai juga dijadikan hantaran atau buah tangan. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.

 

CARA BUAT ROTI JALA TEMBIKAI & LOBAK MERAH

BAHAN ASAS ROTI JALA:

CARA MEMASAK: 

1. Satukan semua bahan diatas. Kacau dan tapis.

2. Bahagikan kepada tiga bahagian dan campur pewarna merah, oren dan hijau. Adun rata.

3. Masukkan adunan ke dalam botol atau acuan roti jala.

4. Corakkan bentuk lobak merah dan tembikai dan biarkan masak.

     

5. Lipat dan gulung roti jalan seperti di bawah.

6. Sedia untuk dinikmati bersama kuah serawa ataupun kari.

Roti Jala Tembikai
Roti Jala Lobak Merah

 

KUAH SERAWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan santan pekat beli online disini
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka beli online disini
  • Gula pasir secukupnya
  • 1 helai daun pandan | disimpul
  • 1 biji telur | dipukul
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air. Bertujuan untuk memekatkan kuah.

CARA MEMASAK:

1. Satukan santan, air, gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau rata dan didihkan di atas api.

2. Kemudian masukkan telur dan garam. Kacau rata.

3. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung gandum dan air. Kacau lagi hingga kuah pekat.

4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama roti jala tadi.

Roti jala yang dihidangkan bersama kuah Serawa Durian

Info chef: Untuk biji tembikai, anda boleh hasilkan dengan menabur bijan hitam ataupun titiskan coklat cair diatas roti jala.

 

Kredit resipi & foto: Nor Fatihah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN