Resipi Step By Step Buat Karipap Pusing Sedap Yang Gerenti Jadi.

Share

Sedapnya Karipap Pusing. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap Karipap Pusing ni susah nak buat. Jangan bimbang, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Cubalah.

CARA BUAT KARIPAP PUSING SEDAP

BAHAN DOH MINYAK:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan minyak masak – dipanaskan
  • Secubit garam
  • Air secukupnya ( air suhu biasa)

BAHAN DOH MARJERIN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan shortening
  • 1/2 cawan marjerin atau lebih

CARA MEMASAK:

1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.

2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.

3. Rupa doh minyak dan doh marjerin yang telah siap diuli.

4. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.

5. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Masukkan doh marjerin di dalamnya.

6. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh seperti dalam gambar. Rehatkan doh 5 minit.

7. Ambil 1 doh dan canaikan.

8. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calit sahaja.

9. Gulung doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.

10. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.

11. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini.

12. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.

 

13. Rupa kepingan doh yang telah dipotong.

14. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.

15. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing. 

16. Karipap pusing yang sudah siap di kelim.

17. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.

18. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi: Opah Mas Cotek

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN