Makan

Resipi Sourcream Butter Cake Yang Lemak, Gebu. Sekali Cuba Confirm Repeat!

Share

Resipi sourcream butter cake ini wajib dicuba bagi peminat butter cake atau kek mentega. Lembut, gebu, moist dan ada rasa lemak berkrim yang memang memikat hati.

Serius, sekali cuba, mesti jatuh cinta. Rahsianya? Kena guna pure butter dan jangan ‘skip’ sourcream, itulah yang buat kek ini lain macam sedapnya.

Cara buat sourcream butter cake

Bahan-bahan

250gm butter Anchor (guna pure butter untuk rasa premium)
300gm gula pasir halus
290gm tepung naik sendiri
200gm Sourcream (disyorkan guna brand Sunglo)
6 biji telur gred A
½ cawan susu cair atau susu full cream
Esen Vanilla secukupnya

Cara penyediaan

1. Pukul butter dan gula hingga kembang, ringan dan gebu. Pastikan betul-betul sebati supaya tekstur kek halus.

2. Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung naik sendiri berselang-seli dengan sourcream. Gaul hingga adunan rata dan tidak berketul.

4. Tambahkan susu cair atau susu full cream. Gaul sebati.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dan dialas baking paper.

6. Bakar dalam ketuhar suhu 170°C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga kek masak (boleh uji cucuk lidi, kalau keluar bersih, dah masak).

Kalau guna loyang 10 inci, hasilnya dapat kek besar tebal lebih seinci, sesuai potong kiub. Jika menggunakan loyang 7 inci, boleh dapat dua biji kek comel.

Tip ekstra

  • Jika mahu rasa kek ini betul-betul ‘kaya’ dan wangi, wajib guna pure butter.
  • Fungsi sourcream dalam kek ini membuatkan tekstur kek lebih moist dan rasa lebih creamy. Boleh juga gunakan jenama lain tapi pastikan yang berkualiti.
  • Susu cair atau full cream? Dua-dua boleh, pilih ikut citarasa. Susu full cream bagi rasa lebih lemak.
  • Nak lagi menarik, boleh tambah parutan kulit lemon atau oren untuk aroma segar.

Kredit resipi & foto: Siti Suhaida Mohd Sani

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose