Jika anda ada sotong dalam peti, resipi Sotong Masak Serai Berempah ni wajib anda cuba. Gabungan wangi serai, pedas cili dan aroma daun limau purut menjadikan hidangan ini bukan saja membuka selera, malah cara penyediaannya pun mudah. Hasilnya, memang bertambah nasi dibuatnya. Jom cuba.
1. Di dalam pengisar, masukkan cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih dan halia. Kisar kasar.
2. Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumiskan serai yang telah dihiris hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga wangi.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
5. Seterusnya, masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, gula, kiub ikan bilis dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan sotong dan gaul rata.
7. Bila sotong dah nak masak, boleh masukkan daun limau purut dan perahan limau nipis. Gaul rata.
8. Sotong Masak Serai Berempah sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama nasi panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official