Resipi sotong masak hitam pedas ini nampak gelap tapi sebenarnya tak menggunakan kicap.
Warna ini adalah hasil dakwat sotong yang turut memberikan rasa masakan yang lebih enak terutama bila disatukan dengan bahan sambal.
Kalau teringin nak tahu rasanya kena cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.
500g sotong (ambil sedikit dakwat sotong)
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar air asam jawa
1 batang serai (dititik)
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil serbuk belacan
10 batang cili padi hijau
3–4 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Garam, serbuk perasa & serbuk kunyit secukupnya
1. Rebus sotong sebentar (2–3 minit) dalam air mendidih. Toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas, serbuk belacan dan air asam jawa. Kacau sebati.
5. Masukkan sotong bersama dakwatnya dan bawang besar. Gaul rata.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak sekejap hingga sotong empuk dan kuah pekat berkilat.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Kredit Resipi & Foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA