Makan

Resipi Sos Lada Hitam Khairul Aming. Sedap,Patutlah Ramai Cuba

Share

Resipi Burger dan Sos Lada Hitam Prosperity versi Khairul Aming memang padu. Sedap dan saling tak tumpah seakan burger dari restoran makanan segera terkenal. Patutlah ramai yang cuba. Sampaikan ‘sold out’ daging dibuatnya.
Menerusi perkongsian saudari Zurina Zulkefli, beliau berkongsi resipi Sos Lada Hitam Khairul Aming namun dinikmati bersama sosej. Pun sedap! Sesuai bagi anda yang tak makan daging atau susah nak jump patty daging oblong. Jom lihat cara-caranya.

CARA MEMBUAT SOS LADA HITAM @ BLACKPEPPER PROSPERITY BURGER KHAIRUL AMING


BAHAN-BAHAN SOS:

2 sudu mentega – beli online disini
2 ulas bawang putih
1 biji bawang kuning / holland – beli online disini
4 biji cendawan shitake
Sedikit air
2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
Sedikit kiub pati ayam – beli online disini
Sedikit sos tiram – beli online disini
Sedikit kicap – beli online disini
Lada hitam – ditumbuk kasar

BAHAN LAIN:
Sosej ayam – rebus
Roti bun
Bawang holland – potong dadu & rendam air sejuk

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan mentega, bawnag putih, bawang kuning dan cendawan shiitake. Masak kesemuanya sehingga layu kekuningan.

2.Bila masakan dah kekuningan, masukkan sedikit air dan tepung gandum.

3.Masukkan air dan kacau sebati sehingga masakan menjadi likat. Masukkan sedikit kiub pati ayam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati kemudian kisar menjadi sos.

4.Tuang semula sos ke atas kuali dan masak seketika.

5. Masukkan serbuk lada hitam yang ditumbuk kasar.

6. Masak sehingga likat.

7. Masukkan sosej ayam. Pastikan sosej direbus terlebih dahulu sehingga masak.

8. Bawang holland dipotong dadu dan direndam dalam air sejuk untuk kekalkan kerangupan dan jus bawang.

9. Sedia dihidang. Roti dikukus dahulu supaya lembut. Kemudian barulah diisi dengan sosej bersalut sos blackpepper resipi Khairul Aming.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN