Resipi Sos Cili Thai Homemade Yang Hanya Bermodalkan RM5. Wow…Jimat!

Share

Hanya dengan bermodalkan RM5, puan-puan dapat menghasilkan tiga botol sos cili Thai ni secara homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat jimat! Bagi yang nak cuba, berikut adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Haslindawati Omar.

 

RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan air
  • 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
  • Sedikit cuka makan
  • ½ cawan gula – ikut tahap kemanisan yang anda suka.
  • Secubit garam

BAHAN KISAR (JANGAN TERLALU HANCUR. AGAK-AGKA SAHAJA):

  • 5 biji cili merah besar – buang biji
  • 4 biji cili padi merah – tidak perlu buang biji
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/3 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air.

2. Masak bahan kisar tadi hingga mendidih.

3. Seterusnya masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati sampai gula larut.

4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.

5. Teruskan masak sampai mendidih dan sos berkilat.

6. Siap dan sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kredit resipi & foto: Haslindawati Omar

IKLAN