Resipi Snek Mudah Crabstick Dengan Kulit Pastri Puff

Share

Nak hidangkan snek yang mudah tapi boleh mengenyangkan juga? Boleh cuba resipi crabstick puffs roll.

Dengan resipi yang dikongsi Kak Wan ini, hanya menggunakan kulit puff yang ready-made dan terus dijadikan sebagai snek berperisa.

Snek pagi atau petang yang mudah dan menyelerakan dengan kulit puffs rangup dengan isian crabstik berperisa QL Mushroom dan asparagus.

 

CRABSTICK PUFFS ROLL

BAHAN-BAHAN:

10 keping pastry puff 4×4 inci
10 keping QL Mushroom Crabstick
3 keping keju | potong 4 setiap satu
30 batang asparagus
1 biji capsicum | potong memanjang
Sapuan: 1 kuning telur + sedikit air dan susu sejat
Taburan: serbuk lada hitam dan parsley kering

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live

TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Lembutkan pastry puff pada suhu bilik.
2. Ambil satu kepingan puffs, letak 3 batang asparagus, hirisan capsicum dan crabstick di atasnya.


3. Tabur dengan serbuk lada hitam. Tutup dengan temukan kedua hujung puffs dan tekan sedikit hingga melekat.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Sapu kuning telur, letak kepingan keju dan tabur parsley kering.
5. Kemudian, bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Kredit resipi: Kak Wan @ Resipicitarasawan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN