Suka makan Singgang Ikan Tongkol? Memang sedap lebih-lebih lagi letak bendi. Sajian ini adalah salah satu masakan Kelantan yang mudah, simple dan jimat masa. Bahan-bahannya pun mudah je. Bendi tu pilihan sahaja. Jika tak letak pun tak mengapa. Tapi kalau letak, lgi sedap meratah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Pasti puas hati. Selamat mencuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TONGKOL CARA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol – potong kecil
Bendi
2 biji cili – belah tengah
1 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 inci lengkuas – hiris
2 keping asam gelugur
Gram secukup rasa
Air sebanyak mana kita nak kuah singgang
CARA MEMASAK:
1.Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan semua bawang yang telah dihiris, lengkuas dan cili.
2. Bila kuah sudah mendidih manja, masukkan ikan.
Ads
3. Masukkan garam dengan secukupnya dan biar hingga isi ikan lembut.
4. Tambahkan asam keping.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan bendi. Bila bendi kelihatan agak layu, tutup api.
6. Singgang Ikan Tongkol siap dan sedia untuk dinikmati.
Memasak tidaklah begitu sukar tetapi proses penyediaannya yang mengambil masa. Menerusi perkongsian oleh Puan Sapina Shahabudin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan enam resipi pes homemade yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Ada pes Nasi Goreng Ikan Bilis, pes Sambal Tumis/ Asam Pedas, pes Kari Ikan, pes Ikan Bakar dan Sos Lada Hitam. Semuanya anda boleh hasilkan dan simpan dalam peti sejuk. Guna bila-bila masa yang anda inginkan. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI PES HOMEMADE
1. PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Serai – hiris nipis
Sedikit belacan
Kunyit hidup
Daun kunyit – hiris
Air asam jawa secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup hingga halus.
Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak.
Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
2. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
BAwang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Gula melaka/ gula putih
Air asam jawa secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
Masukkan garamdan perisa. Tutup api.
3. PES GULAI IKAN
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah – hiris halus
Bawang putih – hiris halus
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Garam
BAHAN KISAR:
Rempah kari ikan
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
Untuk menggunakan pes ini cuma tambahkan santan, ikan bersama bendi/terung/timun dan sebagainya.
4. KUAH LADA HITAM @ BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar
Ubi kentang
Mentega
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Serbuk lada putih
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung – bancuh dengan air untuk pekatkan kuah.
CARA MEMASAK:
Rebus bawang besar dan ubi kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega.
Masukkan ubi kentang dan bawang yang dikisar tadi.
Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
Masukkan juga sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
Masak hingga pekat dan naik bau.
Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya.
5. PES NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis – dibuang tulang
Bawang merah
Bawang putih
Segenggam cili padi
Kiub pati ikan bilis
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
Masukkan kiub pati ikan bilis. Kacau sebati hingga pes jadi agak pekat dan kering. Padamkan api.
Pes ini boleh digunakan untuk menggoreng nasi. Semasa memasak, boleh tambah bebola ikan, udang, sotong, isi ayam serta sayur-sayuran bagi menjadikan masakan anda lebih enak.
6. PES ASAM PEDAS TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
1 biji tomato- dibuang biji
Sedikit belacan
Serai – diketuk
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacanhingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
Tambahkan garam serta perasa dengan secukupnya.
Untuk menggunakan pes ini, hanya ambil mengikut jumlah yang diperlukan, tambah air dan masukkan daun kesum serta ikan. Boleh juga menambah sayur-sayuran seperti bendi dan timun. Biar hingga mendidih dan padamkan api. Bolehlah dinikmati.
NOTA: Bahan-bahan dalam penghasilan pes adalah bergantung kepada jumlah yang anda guna. Sesuaikan ikut citarasa masing-masing.
Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi. Kalau banyak sangat, buang sedikit. Kemudian tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi. Goreng sekejap tapi jangan sampai layu.
Kemudian masukkan air asam Jawad an tunggu hingga ia mendidih. Apabila dah mendidih, masukkan bahan lain. Kacau lagi.
Siap. Sekejap je nak memasaknya. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk anda mencuba resipi-resipi baru yang enak sebagai hidangan buat suami dan anak-anak. Dua menu di bawah antara yang tidak rugi untuk dicuba.
1. KETAM CILI THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | bersihkan dan tos
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris halus
2 pokok daun ketumbar | hiris
10 biji cili padi | hiris
1 biji bawang besar | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang
3cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan pes cili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Goreng ketam dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.