Resipi Singgang Ikan Pantai Timur Terlajak Sedap, Letak Bahan Rahsia Ini

Share

Singgang ikan, dapat makan dengan nasi panas pun dah cukup nikmat. Tapi, untuk singgang ikan pantai Timur, ada satu bahan tambahan rahsia penyedap rasa. 

Sebenarnya, ada pelbagai stail dalam resipi penghasilan singgang ini daripada pelbagai negeri. Ada yang letak halia, ada yang letak budu, ada yang tak letak lengkuas, ada yang tak letak kunyit.

Cuma, perkongsian resipi kali ini oleh Noor Hidayah Hanapi ada membuat sedikit olahan hasil gabungan pelbagai cara masakan daripada teman-teman di media sosial. Maka, inilah hasil resipi gabungannya dalam membuat singgang ikan pantai Timur.

BAHAN-BAHAN:

Ikan kayu / tongkol / aye (kesemua ini adalah nama ikan yang sama)

Bawang merah

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Lengkuas – Boleh beli online di sini

Cili padi

Asam keping – Boleh beli online di sini

Budu

Pes kunyit / kunyit hidup (ditumbuk) – Boleh beli online di sini

Bendi (pilihan)

CARA MEMASAK:

Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air. Didihkan.

Masukkan pula ikan kayu atau ikan tongkol ke dalam periuk. Ramai yang gemar menggunakan ikan jenis ini kerana isinya pejal, tak mudah hancur walau dimasak lama.

Masukkan juga pes kunyit hidup. Kalau rajin, boleh tumbuk kunyit hidup.

Masukkan satu atau dua sudu budu yang disukai oleh orang pantai Timur. Inilah rahsia penyedap singgang ikan pantai Timur. “Baru rasa sedap sengoti,” bak kata orang Kelantan.

Sesetengah orang tak masukkan sayur, tapi boleh juga dimasukkan sayur bendi. 

Kata Hafizah, tips yang diperoleh daripada kebanyakan orang yang berkongsi resipi, nak bagi kuah singgang ini sedap, kena masak lebih lama. Bagi kuahnya kering sedikit. Barulah meresap rasa bawang, lengkuas, asam, dan budu dalam ikan tu.

Dah siap! Sedap hirup kuah ni panas-panas.

Disebabkan Hidayah kelahiran negeri Perak, maka digabungkan singgang ikan ini dengan budu dan sambal petai tempoyak. Memang padu habis!

Selamat mencuba!

Kredit: Noor Hidayah Hanapi

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN