Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap

Share

Sedapnya Serunding Halia Bilis. Kalau dimakan segar, memang susah nak dikunyah. Tetapi jika dijadikan serunding sebegini, rasa tentulah lebih enak. Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan Serunding Halia ni, boleh cuba resipi perkongsian CikAyu Masfaliza Ab Jaafer

ni. Pasti anda sukakannya.

 

CARA MEMASAK SERUNDING HALIA BILIS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

Halia tua (tip: cari halia yang tidak begitu tua dan yang berbentuk panjang supaya mudah untuk disagat.)
Ikan bilis beli online disini
Garam bukit beli online disini
Perencah hilal 
Minyak masak beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan halia, kikis kulitnya dan sagat. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.


2. Teksur halia selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dengan Serunding Halia ini.


3. Selepas habis disagat, perah halia untuk mengeluarkan airnya. Ambil halia sahaja dan airnya boleh dibuang. (tip: Lepas proses perahan ni cepat-cepat sabun tangan. kalau lambat nanti pasti tangan anda akan rasa pijar.)


4. Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk Serunding Halia ni.

5. Untuk lebihan halia yang kecil, boleh tumbuk, kisar atau gunakan chopper. Proses masih sama, perahkan air halia hingga kering.


6. Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.


7. Bila agak-agak warna sudah keperangan seperti dalam gambar, angkat dengan segera.


8. Hasil serunding yang telah siap digoreng. Tapis untuk membuang lebihan minyak.


9. Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. Empunya resipi gunakan chopper je. Mudah dan pantas.


10. Selepas dikisar, gaul sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.


11. Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dan sedia dimakan dimakan begitu sahaja.


12. Kalau di rumah ada bawang putih / garlic crispy, boleh gaulkan bersama serunding tadi. Lagi enak rasanya.


13. Serunding Halia dengan bawang putih crispy.

Kredit resipi & foto: CikAyu Masfaliza Ab Jaafer

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN