
Resipi ‘SCRAMBLED EGGS’ Kegemaran Ratu Elizabeth II Tambah Serbuk Buah Pala & Parutan Lemon! Telur hancur atau ‘Scrambled Eggs’ antara menu sarapan yang sangat popular. Ia sihat dan kaya dengan protien tinggi. Jika inginkan kelainan rasa dan aroma dalam membuat telur hancur, tambahkan dengan serbuk buah pala dan parutan kulit lemon.
Memetik portal “Eating Well”, dilaporkan mendiang Ratu United Kingdom, Ratu Elizabeth II, mempunyai cara tersendiri untuk menikmati hidangan telur hancur ini ketika sarapan pagi. Baginda ratu, gemar menambah dua bahan ringkas ini ke dalam telur hancurnya bagi menambah rasa pada hidangan tersebut. Gabungan ini memberikan rasa segar, kehangatan dan keseimbangan kepada sarapan yang ringkas.
Menurut New York Post pula, pakar pemakanan Lee Holmes telah menerima resipi telur hancur tersebut daripada rakannya yang pernah memasak untuk Ratu Elizabeth II ini sejak beberapa tahun lalu.
3 biji telur organik
1 sudu besar susu segar
sedikit garam
1 sudu mentega
hirisan daun kucai
1 sudu parutan lemon
sedikit serbuk buah pala
1. Pukul telur, susu dan garam sampai sebati.
2. Cairkan mentega dalam kuali panas dan masukan bancuhan telur tadi.
3. Perlahankan api dan kacau rata telur tersebut.
5.Hidangkan bersama hirisan daun kucai.
Siap!
Inginkan sentuhan menu diraja dalam hidangan sarapan pagi, boleh cuba resepi ‘Scrambled Eggs’ ini.
Selamat Mencuba!
Sumber: Eating Well