Resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Tambah ‘Kick’ Bila Makan Dengan Sambal Belacan

Share

Resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek antara menu masakan kampung yang sangat digemari ramai. Walaupun sayur meranti agak sukar didapati terutama di bandar namun sajian ini menjadi menu pembuka selera yang membuatkan kita makan bertambah-tambah. Ada pula sambal belacan dan ikan kering, aduhhh memang tak pandang orang dah bila makan. Jomlah kita cuba resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim

RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering – beli online
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris) – beli online
Cili merah (dihiris) – beli online
Garam secukup rasa – beli online
Santan kelapa

CARA MEMBUAT:

1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.

 

 

 

2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.

3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.

4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.

Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN