Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa

Share

Sayur Lemak Kulit Rambai. Menu paling sedap dan jimat. Mana tak nya. Isi boleh dimakan, malah kulitnya pun enak dimasak sayur. Makan dengan nasi panas, ada pula ikan goreng garing dan sambal belacan. Perghh…memang berselera.
Lagipun lauk sebegini bukan selalu boleh cuba. Hanya boleh rasa setahun sekali sahaja dikala musim buah rambai tiba. Sangat enak! Rasa yang sedikit masam, masak pula kuah lemak begini, nikmatnya.
Bagi anda yang nak cuba, bolehlah cari buah rambai. Beli dalam sekilo pun cukup. Terus kupas ambil kulitnya. Jangan tunggu kecut atau jadi kehitaman tau. Nanti tak sedap bila dimakan. Jom cuba masak resipi perkongsian saudari Erny Yusniza Saad

ni. Dijamin puas hati!

CARA MASAK SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI


BAHAN-BAHAN:
Kulit rambai
3 ekor ikan temenung – boleh juga guna ikan sardin
1 biji bawang merah besar – dimayang
1 biji cili besar – hiris
3 biji cili padi hijau – hiris
Petai – potong dua
1 kotak santan beli online disini

Garam dan gula secukup rasa
Air rebusan ikan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai.
2. Selepas direbus, sejukkan. Rendam seketika bersama air kapur. Ramas untuk buang airnya dan sejatkan.
3.Rebus ikan. Kemudian hancurkan isinya.
4. Masukkan isi ikan, bawang, cili padi dan santan ke dalam kuali.
5. Masukkan air rebusan ikan. Pastikan ditapis ya.
6. Tunggu sehingga agak-agak santan sudah separuh masak, barulah masukkan bahan seterusnya.
7. Masukkan kulit rambai, petai dan hirisan cili besar.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Tunggu menggelegak sekejap. Kacau sikit. Terus tutup api. Jangan sampai pecah minyak tau.
10. Dah siap. Sayur Lemak Kulit Rambai siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Erny Yusniza Saad

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN