Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Rasa Macam Makan Di Restoran Nasi Kandar

Share

Jika anda suka makan di restoran nasi kandar pasti selalu tengok Sayur Kubis Goreng ini. Rasanya sedikit berempah dan sedap dimakan bersama kari. Pendek kata menu sayur ini pasti menjadi pilihan wajib setiap kali menjamu selera. Seakan tidak lengkap anda makan nasi kandar tanpa mengambil Sayur Kubis Goreng. Jom cuba buat Sayur Kubis Goreng ala mamak mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie

SAYUR KUBIS GORENG ALA MAMAK

BAHAN-BAHAN:

½ biji kubis
6 ulas bawang merah


4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:

*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.

2.Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.

3.Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.

4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.

5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.

6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.

7. Kacau semua bagi sebati.

8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.

9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.

10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.

11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.

12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.

Sumber kredit: Mohd Rozmie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN