Resipi Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Menu Ringkas Tapi Sedap Tak Terkata

Share

Sawi jepun memang sedap dimasak sos tiram, ala-ala masakan di The Chicken Rice Shop. Menu ini memang mudah untuk disediakan. Sedap dan confirm lauk ni yang akan habis dulu. Malah, sayur juga banyak khasiatnya. Jom kita intai resipi yang dikongsi oleh saudari Zurina Zulkefli ini. Senang dan paling cepat untuk disediakan.

SAWI JEPUN MASAK SOS TIRAM

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 batang sawi jepun | belah 2 jadi 6 bahagian
  • 4 ulas bawang putih | dihiris halus (beli online DISINI)
  • 2 sudu besar sos tiram (beli online DISINI)
  • 3 susu besar air
  • 2 sudu bancuhan tepung jagung (beli online DISINI)

 

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan sawi jepun dan potong tengah menjadi dua bahagian.

 

2. Rebus sawi selama 2 minit dan toskan. Susun di atas pinggan.

 

3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang telah dihiris. Goreng sehingga warna bawang kekuningan. Angkat dan ketepikan.

 

4. Keluarkan sedikit minyak. Masukkan air dan sos tiram. Kacau rata. Tak perlu tambah garam kerana sos tiram sudah cukup masin.

 

5. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah jadi tebal dan likat.

 

6. Tuangkan sos tiram ke atas susunan sawi rebus tadi.

 

7. Taburkan kepingan bawang putih goreng.

 

8. Siap dan sedia untuk dimakan.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN