Resipi Sandwic Telur Viral. Mudah, Murah & Sedap!

Share

Jika anda sukakan sandwic, resipi sandwi telur perkongsian saudari NaNie ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!

Info: Resipi ini adalah untuk inti roti 2 paket jumbo.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur | direbus dan dilecek
  • 1 senduk mayones
  • 1 sudu teh lada sulah ajishio

inti yang telah siap diadun

CARA-CARA:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.

BAHAN SAMPINGAN:

  • Tomato | dipotong bulat
  • Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)

CARA MELAPIS:

  1. Sapu roti dengan mentega.
  2. Ambik sekeping roti, letakkan tomato.
  3. Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi. Ratakan.
  4. Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan akhir sekali letakkan roti.
  5. Potong serong 2 atau 4. Siap.

*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.

     

Yang ni Nanie potong serong 4 dan masukkan dalam paper cup

Kredit resipi & gambar: NaNie

IKLAN