Resipi Sambal Udang Petai Cili Padi Paling Mudah & Cepat Masak.

Share

Bila sebut mengenai petai, selain dibuat ulam  ia juga sesuai dicampur dalam pelbagai jenis masakan terutamanya menu bersambal. Lauk paling mudah yang anda boleh sediakan ialah Sambal Udang Petai Cili Padi ni. Sangat senang dan memang cepat masak. Selamat mencuba!

 

SAMBAL UDANG PETAI CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang
  • 20 tangkai cili padi merah & hijau – dikisar
  • 4 biji bawang merah saiz besar – dikisar
  • 3 papan petai – dibuang kulit dan dibelah dua
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang dan toskan airnya.
  2. Panaskan minyak dan goreng petai hingga sedikit layu. Angkat.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili padi dan bawang yang dikisar hingga garing dan masak.
  4. Perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata dan biar hingga pecah minyak.
  5. Masukkan udang dan gaul hingga sebati. Biar udang hingga 1/2 masak.
  6. Seterusnya masukkan petai yang dah digoreng tadi. Gaul hingga rata sekali lagi.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

 

 

IKLAN