Resipi Sambal Tempoyak Merah, Letak Udang & Petai Lagi Beria Makan

Share

Resipi sambal tempoyak merah, selalu sambal jenis ini warnanya kuning tapi yang ini berbeza.

Sambal tempoyak resipi Syalfarina ini menggunakan cili kisar bukan cili padi seperti kebiasaan. Rasanya memang sama sedap dan pedas apatah lagi bila digabungan dengan udang dan petai. Memang akan beria makan.

Resipi Sambal Tempoyak Merah Udang, Petai

Bahan-bahan

50 ekor udang saiz L (buang kulit, bersihkan, belah belakang)
1/2 biji bawang holland
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
1 bekas kecil tempoyak (lebih kurang 1 cawan)
1 papan petai – dibelah dua
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit untuk perap udang
Minyak masak

Cara Penyediaan Sambal Tempoyak Merah

1. Perap udang yang sudah dibersihkan dengan sedikit kunyit. Ketepikan.

2. Kisar bawang holland, bawang merah dan bawang putih hingga halus.

3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit perang.

4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air jika terlalu kering, kacau rata.

5. Masukkan tempoyak dan masak hingga sebati dengan sambal.

6. Seterusnya masukkan petai, kacau rata.

7. Akhir sekali masukkan udang, gaul sebentar sehingga masak. Jangan masak terlalu lama supaya udang tidak liat.

8. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan siap dihidangkan.

TIP
  • Pilih udang segar walaupun tanpa kepala, isinya tetap manis bila dimasak.
  • Sambal lebih sedap jika guna tempoyak asli kampung kerana rasanya lebih padu.
  • Jika suka pedas, boleh tambah cili api berbanding cili kisar.
  • Jangan terlebih masak udang, cukup sekadar 3–4 minit supaya masih juicy.

Kredit Resipi & Foto: Syalfarina Razali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

 

Published by
Rose