Resipi Sambal Sotong Kembang Tak Sampai 24 Jam dah 2K Share!

Share

Korang pernah makan sotong kembang? Alaa warna coklat tu saiz dia melebar dari sotong yang biasa tu. Sedap tau buat masak Sambal Sotong Kembang ni! Masak lauk ni je korang dah berselera makan. Resipi ni telah dikongsikan oleh Har Ryea di Facebook. Mendapat sambutan yang hangat betul resipi ni di Facebook. Mana taknya, ramai surirumah sekarang yang lagi sukakan menu ringkas yang sedap. Korang kalau tak tahu nak masak lauk apa, boleh je cuba resipi ni.

SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN:

3 ekor Sotong, bersihkan.

(ikut petua, rebus sekejap je. Air dah mendidih terus padam api biarkan seminit dua pastu toskan & potong-potong)

6 -7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)

2-3 sudu besar bawang besar kisar

1 sudu besar bawang putih kisar

1 sudu besar halia kisar

1-2 biji bawang besar hiris kasar

seketul kecik gula melaka

1 sudu kecil pes asam jawa Adabi

Garam & Ajinomoto

Sedikit gula pasir

Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar)

 

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar.. goreng sampai sedikit garing

Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap

Masukkan cili kering kisar, ratakan. Masukkan juga gula melaka dan tumiskan

Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (agak-agak je), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.

Boleh masukkan sotong gaul rata, masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.

Masukkan sedikit air, gaul lagi.. boleh tambah kacang tanah jika nak.

Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi, kacau supaya sambal tak hangit.

Dah siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Har Ryea

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN