Resipi Sambal Pijak Gajah, Ringkas Je & Hanya Guna 4 Bahan

Share

Sambal Pijak Gajah. Wahhh… Dasyat sungguh namanya. Jangan risau, sambal ini tidak menggunakan sebarang unsur bahan dari gajah. Hanya namanya sahaja.

Bahan utama dalam penghasilan sambal ini adalah ikan bilis. Bila nak jadikan sambal, kenalah ada cili padi. Barulah enak.

Jika tidak salah, di sesetengah tempat sambal ini dipanggil dengan nama Sambal Gesek. Cukup ringkas bahan-bahannya dan tidak memerlukan ia dimasak.

Hanya tumbuk bilis yang sudah dibersihkan bersama bahan-bahan pelengkap yang lain. Nikmatinya bersama nasi putih panas. Rasanya pula kombinasi rasa masin, pedas dan masam. Memang terbaik. Jomlah cuba resipi perkongsian saudari Azuhaina Azu ni. Pasti puas hati.

CARA MEMBUAT SAMBAL PIJAK GAJAH

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan ikan bilis dan sediakan semua bahan.

2. Tumbuk cili padi bersama garam dengan secukupnya. Jumlahnya bergantung pada sepedas mana anda mahu rasa sambal tersebut.

3.Bila cili telah lumat, masukkan ikan bilis. Tumbuk lagi hingga semua bahan lumat dan sebati.

4. Kemudian belah limau kasturi dan perahkan jusnya ke dalam bahan tumbuk tadi. Gaul rata.

5. Cedukkan ke dalam piring dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Azuhaina Azu

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN