Makan

Resipi Sambal Paru Sedap, Tahan Berbulan-Bulan

Share

Resipi sambal paru ini boleh disediakan buat peminat hidangan ini tapi pada masa yang sama tak berapa rajin nak masak selalu.

Sebabnya sambal paru yang dihasilkan ini bukan saja sedap tapi juga boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Masak sekali dan simpan, boleh makan bila-bila teringin.

Tapi untuk dapatkan sambal yang tahan lama ini ada caranya. Boleh ikut resipi perkongsian Julia ALeen Aireish.

Resipi Sambal Paru Sedap Tahan Berbulan

Bahan-bahan

1kg paru lembu
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
Bahan sambal :
4 biji bawang merah **
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih **
15 tangkai cili kering ** – buang biji & rendam dengan air panas
2 inci belacan **
1 batang serai – diketuk
4 sudu makan gula atau secukupnya
2 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu kecil serbuk perasa
30gm gula nisan
1 mangkuk kecil perahan asam jawa
sedikit air untuk mengisar

Cara penyediaan

1. Paru dibersihkan dahulu kemudian rebus hingga masak. Sejukkan dahulu kemudian dihiris nipis.

2. Satukan paru, serbuk kunyit dan garam halus gaul sekata. Panaskan minyak secukupnya goreng paru hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

3. Satukan bahan bertanda (**) dan kisar halus. Panaskan minyak letak serai yang diketuk diikuti bahan kisar, tuang kesemuanya. Tumis hingga pecah minyak.

4. Kemudian masukkan perahan asam jawa, gaul sekata. Selepas itu letak garam, gula, gula nisan, serbuk perasa secukupnya. Dimasak hingga warna sambal cantik gelap.

5. Letak paru dan digaul hingga merata dan sekata sambal elok melekat. Tutup api sedia dihidang & dinikmati.

INFO

-Tip agar sambal paru tahan berbulan dan tidak berkulat, masak sambal mesti lama hingga sambal kelihatan merah kehitaman. Bila sambal mengering, perlahankan api supaya bahagian bawah tidak hangus teruskan masak kerap mengacau.

-Sambal paru lebih sedap ada manis sedikit, pedas masin cukup rasa.

-Semasa menggoreng jangan goreng terlalu banyak paru pada satu masa.

-Tip paru rangup, goreng hingga buih-buih berkurangan.

 

Kredit resipi & info: Julia ALeen Aireish

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose