Resipi Sambal Kicap Johor Paling Power, Sedap & Mudah Dibuat.

Share

Resipi sambal kicap ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama sup pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hamizah Zakaria

ni.

 

RESIPI SAMBAL KICAP NGENCES MELELEH  

 

BAHAN-BAHAN:

  • 12 biji cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • Kicap secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng cili padi dan bawang putih seketika. Angkat dan toskan minyaknya.

2. Tumbuk bahan-bahan goreng tadi hingga lumat.

3. Tuang kicap secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam serta gula. Kacau hingga bahan perasa larut.

4. Akhir sekali, perahkan sedikit jus limau kasturi bagi menyedapkan lagi rasa sambal kicap.

5. Simpan dalam bekas bertutup yang bersih dan bolehlah dinikmati.

6. Sambal Kicap ini enak dinikmati dengan aneka makana goreng dan bersup mengikut citarasa serta selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Hamizah Zakaria

IKLAN