Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya

Share

Sambal Ikan Masin @ Ikan Kering ni memang pembuka selera. Makan dengan nasi panas, boleh makan nasi berpinggan-pinggan dibuatnya. Cukup berselera walaupun hanya dengan sajian lauk yang sangat ‘simple’. Sambal Ikan Masin ni memang cukup segala rasa. Ada pedas, masam, masin dan manis. Nak buatnya pun tidaklah susah, senang sahaja. Bahan-bahan ringkas dan sentiasa ada di rumah masing-masing. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nooraini Ramly

. Anda pasti sukakan rasanya.

 

SAMBAL IKAN MASIN @ IKAN KERING

 

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan belacan, bawang merah dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk.

2. Kemudian, masukkan ikan kering. Masukkan terus kepala ikan kerana kepala ikan yang buat sambal berlemak.

3. Masukkan buah mangga yang dicincang halus dan akhir sekali baru masukkan cili padi.

4. Tumbuk hingga hancur. Siap!

Kredit resipi & foto: Nooraini Ramly via Diari Rasa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN