Resipi sambal ikan kayu ini antara lauk ringkas yang mudah disediakan. Sedap dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan telur dadar.
Kombinasi rasa pedas, masam dan lemak manis daripada sambal yang direneh lama, digandingkan dengan ikan kayu goreng yang banyak isi memang puas hati. Lauk ini juga buatlah berulang kali tetap tak jemu dimakan.
Ikan kayu -dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit
1 biji gula Melaka (gula gerek)
3 keping asam keping
1 biji bawang besar – dihiris hiasan
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – direbus hingga lembut
Belacan – sebesar ibu jari
1. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Ketepikan seketika.
2. Gunaan minyak gorengan ikan tadi, masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Tumisan yang sempurna akan menghasilkan sambal yang lebih sedap dan tahan lama.
3. Masukkan gula Melaka dan asam keping ke dalam sambal. Kacau hingga larut sepenuhnya. Tambah sedikit air untuk memastikan sambal tidak terlalu pekat dan tidak cepat hangus.
4. Biarkan sambal direneh atas api kecil selama beberapa minit supaya semua bahan sebati dan minyak naik ke permukaan.
5. Masukkan ikan kayu yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Biarkan sambal menyerap ke dalam isi ikan.
6. Akhir sekali, tabur bawang besar yang dihiris ke atas sambal. Biarkan seketika atas api hingga bawang sedikit layu. Tutup api apabila sambal sudah agak kering.
TIP
Kredit resipi & foto: Nor Hasimah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA