Resipi Sambal Halia. Makan Dengan Nasi Ayam, Memang Umphhh!

Share

Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan daun bawang
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
  2. Tapis dan buang airnya.
  3. Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
  5. Kacau hingga sebati. Sedia untuk dinikmati.

 

 

Kredit resipi & gambar: Mazliza Ahmad via MAHN

IKLAN