Resipi Sambal Goreng Sedap & Tahan Lama Tanpa Simpan Peti Sejuk

Share

Sambal Goreng resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang diberi lengkap dengan sukatan. Pendek kata andai dicuba, pasti menjadi. Sambal Goreng ni memang menggunakan minyak yang banyak serta dimasak dengan lama. Ia adalah salah satu petua menghasilkan sambal yang sedap malah tahan lebih lama walau tidak disimpan dalam peti sejuk. Memang tak basi. Cuma bila makan, ambil sambalnya sahajalah, jangan diceduk minyaknya. Ha… Jangan tunggu lama-lama. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.

 

CARA MASAK SAMBAL GORENG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

200gm cili hijau thai (berat termasuk tangkai) beli online disini
200gm bawang merah – dikupasbeli online disini


1 biji tomato sederhana besar
2 sudu makan ibu sambal (boleh ganti dengan 30gm cili merah thai berat bersih) 
2 batang saderi
2 pokok ketumbar (9-10 tangkai)
1 keping ikan tenggiri jeruk – buang tulang
1 cm x 1 cm halia dengan tebal 0.5 cm
2 hirisan lengkuas (4×5 cm dengan tebal 0.2 cm)
25gm gula kabong thai (warna oren) beli online disini
20gm belacan beli online disini
1 keping asam keping kampung gred A beli online disini
Garam/serbuk perasa knorr /gula putih
Minyak masak beli online disini

 

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan semua bahan, buang tangkai cili dan masukkan ke dalam chopper. Jika tiada chopper, boleh guna blender kasar. Lengkuas tu sebelum masuk ke dalam chopper, perlu ketuk dulu bagi sedikit hancur. Baru mudah untuk dikisar.

2. Letak minyak yang banyak dalam kuali dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masak guna api sederhana kecil sahaja. Tumis sampai pecah minyak berulang kali.

3. Bila sambal sudah pecah minyak satu kali, pastikan tukar api kepada yang betul-betul kecil. Ia bertujuan supaya sambal tidak hangus bawah dan tak terpercik. Masak selama 40-45 minit.

4. Bila sambal sudah nampak elok dan masak semua, tambah serbuk perasa, garam, gula kabong thai dan gula ikut cita rasa masing-masing.

INFO:

  • Rasa sedap bila semua bercampur. Empunya resipi suka guna batang saderi dengan daun ketumbar kerana rasa lebih sedap.
  • Minyak banyak tidak mengapa. Nanti sambal jadi tahan lama walau disimpan di luar. Tak perlu masuk dalam peti. Sebab sambal sudah ditumis 40-45 minit guna api kecil. Air dalam cili & batang saderi sudah kering.
  • Untuk menikmati sambal, ambil sambalnya sahaj dan jangan ambil minyak.
  • Sambal Goreng sangat enak dimakan bersama nasi putih lembik panas-panas dan ikan rebus goreng atau ayam goreng kunyit.

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN