Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Masak Pun Mudah Je.

Share

Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK SAMBAL GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket tempe – hiris dan goreng garing (beli online DISINI)
  • 3-4 ketul tauhu – hiris dan goreng garing
  • 3-4 biji ubi kentang – hiris dan goreng garing (beli online DISINI
    )
  • Sedikit hati/ pedal ayam – hiris dan goreng – boleh abaikan jika tidak suka
  • Isi udang segar – goreng sekejap
  • 2 peket suhun – rendam dalam air (beli online DISINI)
  • 1 keping fucuk – potong & rendam dalam air (beli online DISINI)
  • Sedikit kacang panjang – hiris serong (beli online DISINI)
  • 1 sudu makan gula (beli online DISINI)
  • Sedikit perasa jika perlu
  • 1/2 sudu teh garam (beli online DISINI)
  • Kicap manis secukupnya (beli online DISINI)
  • 1/2 cawan air asam jawa -bancuh cair (beli online DISINI)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar ikan bilis – tumbuk lumat (beli online DISINI)
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis

BAHAN TUMIS:

  • 2 biji bawang besar – hiris nipis (beli online DISINI)
  • 4 ulas bawang putih – hiris nipis (beli online DISINI)
  • 10-12 tangkai cili kering – potong nipis menyerong (beli online DISINI
    )

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk lumat dan juga bahan tumis. Masak hingga agak garing.

2. Masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam.

3. Renjiskan kicap manis. Kacau hingga naik minyak.

4. Masukkan suhun, fucuk serta air.

5. Tambahkan juga kacang panjang. Kacau seketika.

6. Masukkan bahan-bahan lain yang sudah siap digoreng tadi. Gaul rata.

7. Sesuaikan rasa ikut cita rasa masing-masing. Jika sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Tengah cari BLENDER baru? Dapatkan secara online DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN