Resipi Sambal Geprek Original Jogjakarta Paling Enak

Share

Bagi penggemar sajian sambal, resipi Sambal Geprek perkongsian saudari Juwita Afifah ini antara yang harus dicuba. Katanya resipi ini sedikit berbeza namun kena dengan selera beliau. Malah ia diperolehi dari blog orang Indonesia dan merupakan resipi asal Sambal Geprek dari Jogjakarta.

Menerusi perkongsian beliau juga menerangkan mengenai perbezaan antara Sambal Penyet, Sambal Geprek dan Sambal Gepuk. Jika Sambal Penyet, ia perlu dimasak dua kali atas api. Sambal Geprek pula tidak perlu dimasak, sama macam Sambal Gepuk. Hanya letak minyak panas. Cuma bezanya, Sambal Gepuk tidak perlu digaul dengan ayam manakala Sambal Geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.

Wow…nampak menyelerakan. Jom cuba!

CARA MASAK SAMBAL GEPREK PALING ENAK

BAHAN-BAHAN:
20-30 biji cili padi
Cili besar – dicincang kasar
4 ulas bawang putih
10-12 biji kacang gajus
3 sudu makan minyak panas bekas goreng ayam
Ayam tanpa tulang – digoreng celup tepung. (empunya resipi guna ayam celup tepung readymade)

CARA MEMASAK:
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Jika ada lesung cobek boleh juga guna.


2. Lumatkan semua bahan menggunakan lesung.


3. Masukkan cili besar.


4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Ambil terus dari kuali semasa sedang panas adalah paling bagus supaya sambal masak sedikit.


5. Gaul rata semua bahan hingga lumat.


6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.


7. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.

NOTA: Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.

 

Kredit resipi & foto: Juwita Afifah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-telur-ayam-daging-boleh-masak-sepanjang-pkp/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN