Resipi Sambal Belacan Kuini, Jadi Bertambah Selera Walau Lauk Cuma Ikan Goreng

Share

Kalau anda hanya larat masak ikan goreng sahaja disebabkan ingin berehat atau keletihan hendak memasak, cuba buat sambal belacan. Itupun sudah cukup menambah selera makan. Apatah lagi kalau ada buah kuini.

Kuini adalah sejenis buah yang bentuknya lebih kurang seperti mangga atau mempelam. Namun, kuini mempunyai bau yang sangat wangi apabila buahnya masak. Buahnya yang masak juga menjadi lembut dan berair.

Buah kuini sedap dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan sambal belacan. Melalui facebook, Sue Sera Saira berkongsi resipi sambal belacan kuini. Jom kita lihat resipinya.

SAMBAL BELACAN KUINI

BAHAN-BAHAN
1 tangkai cili merah besar
3 tangkai cili api
2 inci belacan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Ikan bilis secukupnya (basuh)
1 biji kuini (kupas kulitnya)

CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan cili merah besar, cili api, belacan, gula dan garam. Tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan ikan bilis. Tumbuk lagi.
3. Hiris halus buah kuini. Masukkan dalam lesung batu. Gaul rata dengan cili dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
4. Buah kuini jangan ditumbuk hancur. Biar kasar-kasar sahaja.
5. Sedia dimakan.

Siap!

Dari lesung batu, hidangkan ke dalam piring.
Nampak sedap, kan? Boleh perahkan limau sedikit.

Sambal kuini sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng.

Sedap dimakan dengan ikan goreng!

Selamat mencuba!

Sumber: Sue Sera Saira

IKLAN