Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
Ads
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara buat mi jawa ini agak ringkas, sesuai sangat untuk hidangan makan malam jika tak lalu makan nasi. Hasilnya pula memang sedap. Ubi keledek oren bukan saja buat kuah pekat malah ada rasa lemak-lemak.
Mi kuning -dicelur
2 ketul daging dan tulang (rebus, simpan air rebusan)
700 gram keledek oren (rebus dan kisar halus)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
5 sudu besar serbuk kari ayam atau daging (guna jenama Adabi disyorkan)
Secukupnya udang kering
Daun sup- hiris halus
Bawang goreng
Tauhu goreng- potong kecil
Daging rebus- hiris nipis
1. Rebus daging dan tulang hingga empuk. Hiris halus daging, air rebusan jangan dibuang.
2. Rebus keledek oren, kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas.
4. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
5. Panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih) hingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau.Tambahkan udang kering, tumis seketika.
7. Masukkan bancuhan rempah kari, tumis hingga pecah minyak dan rempah masak sempurna. Masukkan keledek kisar, kacau rata.
8. Tambahkan air rebusan daging dan tulang, biarkan mendidih.
9. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, lada putih dan sedikit kicap untuk warna kuah lebih gelap.
10. Jika suka aroma rempah lebih kuat, boleh tambah sedikit serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
11. Pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung. Siap!
Cara hidang
Celur mi kuning dan letak dalam mangkuk. Siram dengan kuah Mi Jawa panas-panas. Taburkan daun sup, bawang goreng, hirisan daging, tauhu goreng, cili besar dan telur rebus. Nak lagi sedap, boleh hidang bersama cili jeruk atau sambal kicap.
Zaman sekarang, orang ramai semakin terbuka dengan penjagaan badan. Kalau boleh, badan nak maintain slim melim. Tak nak ada lemak tersorok sana sini. Berat badan pun nak ideal sahaja.
Nah, kali ini RASA kongsikan resipi pasta salmon. Ikan salmon ni memang mahal harganya tapi sangat bagus bagi yang sedang diet. Selain kurang berlemak, ikan salmon ada banyak khasiat untuk tubuh. Cubalah!
Sedapnya.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ni jom masak kue tiaw sup chinese style. Buatnya sangat simple dan serius sedap.Tak sampai 30 minit dah setel semuanya. Makan pula time hujan, hirup sup yang panas memang best.
KUE TIAW SUP CHINESE STYLE
Bahan Sup: Ayam bahagian dada 1 inci halia-potong nipis Fish ball ½ kiub pati ayam ½ kiub pati bilis 2 sudu minyak zaitun (tak ada pun tak apa) Garam & air secukupnya
Bahan lain: Kue tiaw basuh bawah air mengalir /bihun dicelur Pak Choy belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap) Daun sup dan daun bawang potong kecil Fish cake, goreng dulu kemudian potong nipis Isi ayam yang dicarik Bawang putih goreng dan minyak (tumbuk halus dan goreng) Cili potong dan kicap (Nak lagi sedap cili tu potong dan goreng kejap baru masukkan kicap masin dan manis)
Cara memasak: 1.Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak. 2.Masukkan pati ayam, pati bilis, minyak zaitun dan fish ball. 3.Tambah air dan perasakan dengan garam. 4.Masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak. 5.Semasa ni boleh celur pak choy, kejap je. Angkat dan toskan. 6.Dah siap, keluarkan isi ayam dan carik-carik. 7.Siap untuk dinikmati.
Ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.