Makan

Resipi Roti Telur Berkeju Yang Enak Untuk Sahur

Share

Untuk anda yang sedang mencari menu ringkas untuk bersahur dan sesuai untuk anak-anak, cubalah buat Roti Telur Berkeju ni. Tambahkan coklat rice dan strawberi sebagai hiasan untuk menarik perhatian anak-anak. Pasti mereka tak sabar nak makan! Untuk menambah khasiat dalam hidangan ini, gunakan Keju Chesdale kerana ia tinggi kalsium dan protein yang sesuai untuk anak-anak. Jom cuba!

ROTI TELUR BERKEJU

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 10-12 keping Keju Chesdale
  • 4 biji telur
  • 100ml Fernleaf Susu UHT
  • ¼ sudu teh garam
  • Anchor Unsalted Butter secukupnya
  • Hirisan strawberi secukupnya
  • Coklat rice secukupnya

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, satukan telur, Fernleaf Susu UHT dan garam. Pukul sebati.
  2. Ambil sekeping roti celup dalam campuran telur.
  3. Letak dua keping Keju Chesdale atas roti, tabur coklat dan tutup dengan sekeping lagi roti yang telah dicelup dengan telur.
  4. Cairkan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak roti berkeju tadi dan masak hingga perang di kedua-dua bahagian.
  5. Letak roti dalam pinggan, tabur coklat rice sepenuhnya. Hias dengan hirisan strawberi. Hidangkan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN