Resipi Roti Poket Doraemon. Mudah & Memang Sedap.

Share

Sedapnya Roti Poket Doraemon perkongsian saudari Bonda Dihatiku ni. Intinya boleh dipelabagikan ikut cita rasa. Sesuai sangat dijadikan hidangan sarapan, minum petang atau makan malam. Anak-anak pasti suka. Orang dewasa pun berselera kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MASAK ROTI POKET DORAEMON

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwic ( angka genap)
  • 1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
  • 2 biji telur – pukul kembang
  • 1 paket serbuk roti
  • 1 paket sosej – potong kecil
  • 4-5 keping daging burger – dihancurkan
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Gelek roti hingga nipis. Lakukan satu persatu sampai habis.


2. Gunting roti jadi bentuk bulatan. Pastikan saiz setiap keping adalah sama.


3. Ambil kepingan roti, sapu bancuhan tepung disekeliling dan cantumkan dengan sekeping lagi roti. Lakukan hingga habis.


4. Celup roti dalam telur yang telah dipukul dan golekkan dalam serbuk roti.


5. Goreng roti satu persatu dalam minyak yang banyak dan sederhana panas hingga garing. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong.


6. Potong tengah untuk dptkan bentuk poket doremon. Ketepikan.


7. Goreng hotdog hingga garing. Kemudian goreng pula daging burger yang telah dicincang.


8. Campurkan hotdog dan daging. Masukkan sos cili, mayones dan serbuk lada hitam dengan secukupnya. Gaul sebati.


9. Sumbat bahan inti ke dalam poket doraemon yang telah dipotong tadi. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Bonda Dihatiku

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN