Makan

Resipi Roti Pizza Cendawan Berkeju Yang Mudah & Lazat

Share

Jika anda sedang mencari hidangan yang mudah, enak dan cepat untuk dihidangkan kepada para tetamu, cuba buat Roti Pizza Cendawan Berkeju ni. Senang sangat. Hanya ambil sekeping roti, letakkan campuran bayam dan cendawan di atasnya lalu taburkan keju dan bakar. Nak lagi best, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan yang memberi keseimbangan rasa yang sempurna serta regangan yang tidak berminyak. Terasa keenakan dalam setiap gigitan. Jom cuba!

ROTI PIZZA CENDAWAN BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 keping roti tebal (roti perancis)
  • 250gram Perfect Italiano Perfect Pizza
  • 10-12 biji cendawan butang  – hiris
  • 80gram bayam – cincang
  • 80gram Anchor Unsalted Butter
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam & lada sulah secukupnya
  • Cincangan daun parsli secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan cendawan dan bayam. Tambah cincangan parsli, lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api.
  3. Ambil sekeping roti, sapu lebihan mentega di atas roti secukupnya.
  4. Sendukkan campuran cendawan dan bayam ke atas roti dan ratakan.
  5. Tabur Perfect Italiano Perfect Pizza ke atas cendawan. Tabur lebihan cincangan parsli.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15-18 minit atau hingga keju keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

 

Sertai [Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN