Resipi Roti John Sedap. Buat Sendiri Lebih Jimat & Puas Makan!

Share

Roti John merupakan hidangan ringan sedap yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di bulan puasa. Kalau gerai Roti John yang sedap ni, memang ramai pelanggan dan kena beratur panjang. Bagi anda yang ingin cuba masak sendiri Roti John secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudari Chinta Eyja ini. Mudah & memang terbaik! Rasa tentulah enak. Sangat berbaloi untuk dicuba.

 

CARA MEMBUAT ROTI JOHN HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan inti, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga rempah masak. Seterusnya masukkan daging cincang. Gaul hingga masak. Masukkan sosej diikuti garam serta lada sulah. Angkat.

2. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan masukkan hirisan bawang dan daun sup. Pukul hingga sebati.

3. Untuk memasak Roti John, satukan bancuhan telur tadi bersama inti yang telah siap dimasak. Ketepikan.

4. Ambil roti dan belah tengah. Jangan sampai putus. Sapu marjerin kemudian tekap seketika atas kuali.

5. Dalam kuali yang sama, cairkan mentega / marjerin kemudian tuangkan inti.

6. Tekapkan roti diatasnya.

7. Bila inti dah masak, terbalikkan.

8. Paipkan sos cili, mayones dan letak sayur mengikut citarasa masing-masing.

9. Akhir sekali lipat roti, potong dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Chinta Eyja

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN