Resipi Roti Inti Kari Ayam Kentang Yang Sedap & Gebu

Share

Siapa kata buat roti susah, lagi-lagi kalau ada mesin pembuat roti. Menu rotilah yang paling senang nak buat.

Yang penting ada resipi dan bahan-bahan boleh buat sendiri dan kalau nak masukkan inti terpulang pada cita rasa anda.

Nak pedas atau manis, apa kata korang cuba resipi mudah yang RASA kongsikan ini. Roti Inti Kari Ayam Kentang, hasilnya tidak mengecewakan, rasa sedap dan roti gebu.

 

ROTI INTI KARI AYAM KENTANG

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur/untreated
90gm gula tebu tanpa peluntur/coarse brown sugar


30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
100gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering – beli online di sini
5gm GR Superbake | penambah baik roti berasaskan tumbuhan
100gm kentang rebus | lenyek – beli online di sini
250gm air sejuk
500gm kari ayam bersama kentang | disiapkan awal

Dapatkan La Gourmet Macaron Collection 1.5L Glass Blender Mint Green dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga menjadi doh sekata.


2. Untuk memastikan doh cukup uli, ambil sedikit doh dan pastikan ia boleh direngangkan sehingga menghasilkan lapisan nipis.
3. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 60gm setiap satu.


4. Bulat-bulatkan dalam gengaman longgar, kemudian rehatkan lima minit supaya permukaan doh menjadi licin.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


5. Canaikan doh ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan lapisan bujur.


6. Masukkan inti menggunakan sudu ke atas doh.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Perlahan-lahan cantumkan bahagian tepi doh dan klimkannya supaya inti tidak terkeluar.


8. Letakkan doh yang telah siap berinti dalam ring daun pandan yang telah disediakan awal.


9. Tekan doh supaya mengikut bentuk ring pandan. Biarkan doh kembang tiga kali ganda.
10. Spray dengan air doh yang telah kembang, kemudian taburkan bijan di atas permukaan.


11. Bakar sehingga warna keemasan. Keluarkan roti yang telah siap dibakar dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN