Resipi Roti Goreng Lemak Manis Terlajak Mudah. Hanya Guna 3 Bahan!

Share

Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan pagi. Tak ada selera katanya. Anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng macam ni. Simple dan rasanya pun sedap juga. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak. Sesuai sangat dinikmati sebagai alas perut sebelum menikmati hidangan yang lebih berat.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur gred A
  • 2@ 3 sudu makan susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Roti potong (besar)
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1.  Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.

2.  Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.

3.  Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe

4.  Taraaa! Ciapp. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit gambar & resipi: Ratna Sari Zain

IKLAN