Resipi Roti Goreng Inti Daging Balut Kulit Popia Macam Dekat Pasar Malam

Share

Suka makan Roti Goreng berbalut kulit popia macam yang biasa dijual di pasar malam? Sedap kan rasanya. Ringkas sahaja tapi membuka selera. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri roti ni di rumah untuk sajian keluarga, saudara Ahmad Salehuddin Amirwan ada kongsikan resipinya. Sukatan bahan-bahan boleh ubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK ROTI GORENG KULIT POPIA SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Roti sosej beli online disini
Kulit popia beli online disini
Sos cili beli online disini
Tepung gandum – bancuh dengan air suam beli online disini

BAHAN INTI:
Bawang besar – potong dadu beli online disini
Bawang putih – potong dadu beli online disini
Daging burger Ramly
Serbuk kari secukupnya – bancuh dengan air beli online disini
Garam dan perasa dengan secukupnya
Ubi kentang – jika suka beli online disini
Sedikit daun kari beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat intinya, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu.
2. Bila sudah kekuningan, masukkan cincangan daging burger. Tumis sampai daging burger masak.
3. Ambil serbuk kari dan bancuh dengan air. Tuang ke dalam kuali berisi daging tadi. Kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Menurut empunya resipi, seeloknya bagi inti sedikit masin supaya rasanya lebih sedap kerana roti tu tawar.
5. Masak lagi hingga inti menjadi sempurna. Jika suka, boleh tambah ubi kentang yang dipotong dadu halus dan juga daun kari supaya lebih wangi.


6. Bila inti sudah kering dan sedikit pecah minyak, padamkan api dan ketepikan.


7. Ambil roti dan belah tepinya. Masukkan inti tadi dengan secukupnya. Boelh juga letak lebih supaya lebih sedap.


8. Tambah sos cili dalam inti tadi.


9. Bungkus roti menggunakan kulit popia.


10. Buat bancuhan tepung gandum dengan air suam. Rendam roti dalam bancuhan tepung tadi kemudian terus balut menggunakan kulit popia.
11. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti yang telah dibalut tadi hingga kekuningan.
12. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Kalau inti tu ada lebih, boleh tambah telur dan jadikan Roti John.

 

Kredit resipi & foto: Ahmad Salehuddin Amirwan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN