Nak buat hidangan minum petang yang sedap dan mudah disediakan? Resipi Roti Daging Cheese ni merupakan pilihan yang terbaik. Dengan gabungan roti paratha yang rangup, isi daging berempah yang lazat serta keju mozzarella yang meleleh, memang padu! Sekejap je dah siap, jom cuba.
Sediakan inti daging:
Panaskan kuali tanpa minyak, masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.
Tambahkan sos tiram, sos cili, rempah kari dan bawang merah. Kacau sehingga sebati dan naik bau.
Masukkan daun bawang dan gaul sekali lagi. Ketepikan.
Penyediaan roti:
Ambil sekeping roti paratha, letakkan sedikit inti daging dan taburkan keju mozzarella di atasnya.
Tarik dan balut paratha sehingga menjadi bentuk bulat. Tekan-tekan sedikit supaya meleper.
Masak dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 170°C atau hingga keemasan.
Setelah masak, taburkan bijan hitam dan sedikit daun bawang untuk hiasan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: