Resipi Risoles Daging Yang Sedap & Mudah Dibuat

Share

Sedapnya Risoles Daging ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh saudari Marsyita Nadia. Ringkas sahaja bahan-bahan penyediaannya namun rasanya sangat enak. Cubalah. Pasti puas hati.

 

CARA MEMASAK RISOLES DAGING SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN INTI:
2 biji ubi kentang – potong dadu beli online disini
2 keping daging burger @ daging kisar
1 biji bawang besar – potong dadu beli online disini


Daun sup/daun bawang – lagi banyak lagi sedap
1-2 sudu makan serbuk lada hitam beli online disini
Garam secukup rasa
2 sudu teh tepung jagung – bancuh dengan air beli online disini

Minyak masak untuk menumis

BAHAN KULIT:
2 cawan tepung gandum beli online disini
2 cawan santan – boleh ganti dengan air @ susu cair beli online disini
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN SALUTAN:
Telur
Serbuk roti secukupnya beli online disini
Cili padi

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan daging. Masak lagi hingga separuh masak.
3. Tambahkan ubi kentang. Kacau lagi hingga empuk.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, bancuhan tepung jagung, hirisan daun sup dan garam secukup rasa.
5. Bila bahan inti sudah masak, tapiskan untuk membuang lebihan cecair.


6. Untuk membuat kulit Risoles, satukan semua bahan dan sebatikan. Pastikan tiada ketulan.
7. Panaskan kuali dan dadarkan. Pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
8. Kulit Risoles yang siap didadar.


9. Ambil sekeping kulit, kemudian letakkan inti dengan secukupnya.


10. Gulung Risoles dengan kemas. Ulang proses sama hingga habis bahan.


11. Pecahkan telur dan pukul seketika. Kemudian celupkan gulungan Risoles tadi.

12. Salutkan dengan serbuk roti hingga bersalut sempurna.
13. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga garing keperangan.
14. Angkat dan hidangkan bersama cili padi. Risoles rangup dan lembut enak dimakan bersama Sambal Kicap.

NOTA: Untuk membuat Risoles sejukbeku, selepas Risoles disalut dengan serbuk roti, susun dalam bekas dan simpan dalam peti sejukbeku. Tidak perlu digoreng terlebih dahulu.

 

Kredit resipi & foto: Marsyita Nadia

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN