Resipi Ringkas Apom Lenggang, Nak Yang Garing Dan Ada Isi Di Tengahnya. Perghh Melampau!

Share

Masakan tradisional orang-orang dulu, resipi dan cara memasaknya sangat ringkas. Paling penting rasanya sedap dan boleh dihidangkan bersama dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau macam-macam lagi. Sesuai dimakan untuk sarapan ayau minum petang. Bekalkan anak untuk ke sekolah pun boleh. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Jom cuba.

APOM LENGGANG CHEAMAH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 peket mauripan
  • 3 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Semuanya dikisar sebati
  2. Ambil 1/2 cawan yang dikisar tadi campur dengan 3/4 cawan santan dibuat kanji…**masak agak pekat**
  3. Campur kanji dengan semua yang dikisar tadi
  4. Biar sejam @ 2 jam boleh la dilenggang
    *cheq bancuh semalam simpan dlm peti ais pagi nie baru melenggang..

 

Kongsi resipi: Cheamah Hashim

 

 

IKLAN