Resipi Rendang Tok Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya

Share

Rendang Tok, nama rendang ini selalu meniti di bibir penggemar selera tradisional. Ia cukup terkenal di negeri Perak dan kini populariti makanan itu sudah menjalar di seluruh negara. Rendang Tok sedap dimakan bersama lemang, ketupat nasi, ketupat mulut dan nasi putih. Ratah begitu sahaja pun sedap. Kaedah memasak Rendang Tok, ia dikacau sehingga kering dan bertukar menjadi warna hitam. Jom kita buat Rendang Tok mebgikut resipi seperti yang dikongsikan Kuali Kak Has

RESIPI RENDANG TOK

BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo daging
4 biji bawang besar – kisar


4 ulas bawang putih – kisar –BELI ONLINE
3 batang serai – kisar
1 inci halia – kisar –BELI ONLINE
1 inci kunyit hidup – kisar – BELI ONLINE
1 inci lengkuas – kisar – BELI ONLINE
2 biji buah keras – kisar – BELI ONLINE
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam- BELI ONLINE
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis –BELI ONLINE
1/2 sudu besar serbuk jintan putih –BELI ONLINE
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
1 keping asam keping
1/4 ketul gula melaka
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan
1 helai daun kunyit

CARA MEMBUAT:

1. Gaulkan daging dengan bahan kisar serta serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis. Gaul sebati. Perapkan sekejap. Lagi lama lagi bagus sebenarnya untuk rempah meresap elok ke dalam daging.

 

 

2. Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan (bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang)

3. Masukkan daging yang telah diperap tadi.

 

4. Masukkan pula serbuk lada hitam.

5. Masuk sekali cili kisar.

6. Gaul sebati dan biarkan mendidih serta pecah minyak.

7. Bila sudah pecah minyak, masukkan pula gula melaka.

 

8. Bila rendang sudah sedikit kering, masukkan asam keping. Gaul sebati biarkan reneh di atas api.

9. Bila sudah bertukar warna, masukkan pula santan.

10.Biarkan lagi mendidih dan sedikit kering sebelum masukkan kerisik.

11. Gaul sebati dan tunggu hingga rendang kering.

12. Bila sudah kering. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris.

13. Gaul sebati dan biarkan hingga betul-betul kering serta warna bertukar menjadi kehitaman.

14. Perasakan dengan garam dan siap untuk dihidang.

Sumber kredit: Kuali Kak Has

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN