Ads

Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut, Tak Bau Hanyir Langsung

Resipi rendang itik mungkin ramai yang tak pernah makan tapi mungkin jadi kegemaran ramai kalangan kita.

Kalau nak cuba kelainan dalam rendang, boleh saja cuba masak rendang itik ini. Cuma nak memasaknya ada cara dan tipnya supaya daging tiada bau dan lembut hasilnya.

Cara buat rendang itik

resepi rendang itik

Bahan-bahan

1 ekor itik -dipotong
2-3 sudu besar kerisik
Garam
2 sudu besar bawang goreng
½ kotak aantan kotak kecil
300 ml air putih
2 sudu belacan serbuk belacan
1 keeping daun salam/bayleaves
2 helai Daun limau purut
1 atau 2 helai daun kunyit – hiris halus

Bahan kisar

1 ½ biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 batang serai
Halia(sebesar ibu jari)
Kunyit(sebesar ibu jari
Lengkuas(sebesar ibu jari
Cili kering 15-20 tangkai(direbus/Direndam air panas)

Ads

Cara memasak

1. Cuci bersih itik, gaul dengan tepung jagung dan garam kemudia bilas untuk hilangkan bau hanyir.

2. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali atau periuk besar kecuali kerisik, garam, kiub, daun kunyit. Masak gunakan api sederhana tanpa menggunakan minyak kerana itik mengeluarkan minyaknya sendiri.

3. Gaul sentiasa. Masak sehingga daging empuk dan kering.

Ads

4. Selepas itu baru masukkan kerisik, kiub ayam, garam, daun kunyit, bawang goreng. Gaul rata dan sebatikan rasanya.

5. Siap dihidang.

resepi rendang itik siap

Ads

TIP

  • Gunakan itik serati atau itik kampung — lebih sedap dan tidak terlalu berlemak.
  • Untuk menghilangkan lemak, lender dan bau hamis rendam itik dengan air limau nipis atau cuka.
  • Boleh juga perap daging itik dengan garam, kunyit, halia, dan bawang putih selama 1-2 jam untuk naikkan rasa dan kurangkan bau hanyir.
  • Bagi memastikan daging itik empuk dan rendang pekak, renih menggunakan api sederhana ke perlahan, biar ia mereneh lama (1-2 jam).

Kredit resipi & foto: Abby Razy

Anda mungkin berminat dengan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Bibik Ekpress

Pes Rendang Lebih Mudah

Pes rendang bantu hasilkan kuah pekat dan berempah dengan mudah

Beli Sekarang

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Begini Cara Buat Bancuhan Roti Jala Cantik, Pekat Likat, Gerenti Jadi

Bancuhan roti jala cantik, pekat dan likat rupanya perlu dibiarkan 15 minit. Ikut sukatan dan tip mudah ini supaya Roti Jala gerenti jadi.