Resipi Rendang Ayam Pedas Perak

Share

Resipi rendang ayam pedas Perak ini boleh dijadikan salah satu juadah untuk menerima kedatangan para tetamu sepanjang Syawal ini.

Tentu ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk sahabai handai dan saudara mara kan? Bolehlah masak resipi rendang ayam pedas Perak ini. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Faidhatul Arfah Ahmad ni ye.

Resipi Rendang Ayam Pedas Perak

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)

15 biji bawang merah (racik halus) – boleh beli online di sini

13 biji bawang kecil (racik halus)

5 ulas  bawang putih (racik halus) – boleh beli online di sini

12gram kunyit hidup (kisar) – boleh beli online di sini

80gram halia tua (racik halus) – boleh beli online di sini

33gram lengkuas (kisar) boleh beli online di sini

4 helai daun limau purut (racik halus) – boleh beli online di sini

 8 batang serai (racik halus) 

Gula Melaka secukup rasa – boleh beli online di sini

4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yg di inginkan) – boleh beli online di sini

2 helai daun kunyit (racik halus)

1kg santan

90gram kerisik

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

Cara Memasak Resipi Rendang Ayam Pedas Perak:

Masukkan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali. Kemudian masukan semua sekali bahan yang diracik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai.

Masukan juga bahan yang dikisar iaitu cili boh, lengkuas dan kunyit hidup. Setelah itu masukkan ke semua santan. Masak dalam api yang sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup. Ssekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan ya.

Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api dan guna api yang paling kecil. Masukkan gula Melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang di racik halus dan juga kerisik. Tunggu lagi dalam 30 minit – 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2 jam – 3 jam bergantung kepada berapa banyak yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.

Akhir sekali masuk daun kunyit yang diracik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh tutupkan api.

Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jangan guna minyak masak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

NOTA : Rendang yang bahannya dikisar & diracik halus akan memberi kelainan dari segi rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis.

Kredit:

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN