Resipi Rendang Ayam Cili Hijau, Sedap Dan Mudah Dimasak

Share

Resipi rendang ayam cili hijau ini tak kurang sedapnya berbanding rendang lain. Sesuai dimakan dengan lemang, ketupat dan sebagainya.

Raya pun dah tak lama lagi. Boleh cuba masak rendang versi ini pulak ye. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Encik Nazri Mat Zain ini. Jumlah bahan adalah untuk 5 ekor ayam pencen. Hari raya, mestilah ramai sanak saudara yang bertandang ke rumah kan.

Resipi Rendang Ayam Cili Hijau

Bahan-bahan:

5 ekor ayam pencen (Potong dan bersihkan) 

1 1/2 kg santan pekat

400gram kerisik

1 keping gula Melaka 

Garam – boleh beli online di sini

Ajinomoto – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Kisar:

300gram cili akar

10 labu bawang besar

300gram cili besar hijau

2 labu bawang putih – boleh beli online di sini

15 batang serai

100gram lengkuas – boleh beli online di sini

6 biji buah keras

2 sudu besar jintan manis – boleh beli online di sini

1 sudu besar jintan putih – boleh beli online di sini

2 sudu besar ketumbar

200gram kunyit hidup (Nak lebihkan pun boleh) – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Masukkan ayam ke dalam kuali. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan gaul rata dengan ayam.

Buka api perlahan, masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.

Kalau tak keluar minyak, boleh tambah sedikit minyak masak supaya rendang tu nampak berminyak sikit… Resipi ini menggunakan santan kotak, memang tak keluar minyak. Jadi kena tambahkan minyak kemudian.

Bila ayam dah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau-kacau. Masak kira-kira 4 jam baru ayam itu lembut elok. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN