Mi Kuah Daging perkongsian saudara Are Peace ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian berkuah, bolehlah cuba menu ini. Ia juga sesuai dijadikan menu makan tengahari atau pun malam. Pasti mengenyangkan. Jom cuba!
CARA MASAK MI KUAH DAGING YANG SEDAP & MUDAH
Mi kuning
1kg daging lembu – rebus sampai empuk dan hiris nipis
1 kg ubi keledek merah – kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan.
1 cawan udang kering – kisar – beli online disini
10 ulas bawang merah – kisar – beli online disini
5 ulas bawang putih – kisar – beli online disini
1 inci halia – kisar – beli online disini
1 inci lengkuas – kisar
3 biji tomato – kisar
1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan kisar halus.
2. Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga.
4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi.
5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak dan masukan serbuk kari.
Kacau dan gunakan api sederhana.
6. Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga, keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, udang kering kisar dan tambahkan air secukupnya.
7. Masukan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana.
Tauge
Telur rebus
Kredit resipi & foto: Are Peace
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official