Resipi Rahsia & Cara Membuat Tapai Pulut Sendiri

Share

Teringin nak makan tapai, menyebutnya pun dah kecur air liur. Resipi tapai yang min kongsikan ni adalah tapai beras pulut. Nak buat tapai, beras pulut kenalah mengalami proses penapaian. Cuba resepi tapai pulut yang mudah dan ringkas ini.

TAPAI PULUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras pulut
  • Ragi
  • Daun pisang (boleh gantikan dengan daun getah)
  • Plastic Wrap
  • Lidi

CARA MEMASAK:

1. Cuci beras pulut hingga bersih. Rendam sebentar.

2. Masukkan pulut dalam kukusan (bekas pengukus).

3. Selepas dikukus masukkan dalam bekas/besen tuk diuli.

4. Lepas tu masukkan dalam kukusan sekali lagi.

5. Kukus untuk kedua kali.

6. Sepas tu angkat dan letakkan di dalam bekas/talam biarkan pulut sejuk.

7. Selepas setengah atau 1 jam (pastikan pulut betul-betul sejuk) masukkan ragi. Ragi kena tapis atau dan tabur di semua permukaan pulut.

8. Selepas itu terbalikkan pulut untuk tabur ragi di bahagian yang belum ditabur lagi.

9. Daun pisang mestilah dilap terlebih dahulu dengan kain bersih.

10. Ambik sudu dan letak atas daun terpulang letak berapa banyak.

11. Selepas itu bungkus tapai tu dan sematkan dengan lidi.

12. Gunting bahagian hujung tapai untuk lebih rapi.

13. Daun getah juga boleh dipakai.

14. Akhir sekali masukkan tapai ke dalam bekas/besen besar dan tutupkan dengan lebihan2 daun pisang sebelum diikat dengan kain sarung/selimut/pelikat/selendang. Biarkan sehari semalam tanpa diganggu dan lihat hasilnya.

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Redzuan Abd Manaf

IKLAN