Resipi Putu Kacang Hijau Ikut Langkah Betul Pasti Menjadi

Share

Dapat makan kuih lejen ,putu kacang hijau memang puas hati. Mungkin tak ramai yang ingin membuatnya, agak renyah namun kesedapannya memang terbukti. Siapa yang ada kegigihan nak membuatnya dikongsi resipi ini.


Bahan-bahan:
1 kg tepung kacang hijau (Alagapas)
600 / 700gm gula icing
Bilangan kuih putu yang terhasil mengikut saiz acuan putu

Peralatan yang diperlukan:
Acuan putu
Talam
Kayu lapik pemotong
Kain nipis
Pisau

Cara membuat:
1.Sangai tepung kacang hijau hingga garing dan naik bau.


2.Masukkan dalam mangkuk dan gaul sebati dengan gula icing. Apabila sudah sebati, tutup adunan tepung dengan kain nipis seperti tudung bawal. Biarkan ia berembun semalaman atau simpan dlm peti sejuk (chilling). Adunan tepung yang dibiarkan semalaman akan menjadikan ia sedikit lembab kerana tekstur gula yang basah. Adunan tepung yang menjadi adalah apabila ia boleh dikepal-kepalkan.



3.Dengan menggunakan acuan kuih putu, taburkan tepung ubi sedikit ke dalam acuan (elak melekat). Ketukkan ia keluar dan barulah dimasukkan adunan tepung kacang hijau tadi ke dalam acuan. Padat-padatkan ia. Kikis lebihan tepung di acuan dengan pisau.Kemudian ketuk acuan dengan cermat untuk mengeluarkan kuih putu.


4.Susun kuih di dalam talam dengan kemas. Selesai semuanya, tutupkan talam dengan kain nipis seperti tudung bawal dan jemur ia di bawah terik panas matahari. Atau bakar dlm oven 10 min dgn suhu 100 – 120 darjah jika takde matahari nak jemur.

Kredit: Lind Razak

IKLAN