Resipi Kuih Puteri Ayu, Kuih Orang Lama Yang Tetap Diminati

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daripada Ruzanna Abd Rahman. Wanita ini membuat kuih Puteri Ayu yang cantik kejadiannya.

Kuih ini sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah minum petang.

Kuih orang lama, namun tetap diminati hingga kini. Jom kita cuba!

KUIH PUTERI AYU

BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
100 ml santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil emulco pandan
Sedikit pewarna hijau

CARA MEMBUAT
1. Satukan telur ayam, gula dan ovellete. Gunakan mixer dan kisar sehingga gebu serta ringan.
2. Masukkan santan. Kisar lagi sehingga ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kisar lagi.
4. Masukkan emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10 minit.

Cantik kejadian kuih ini.
Sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Sumber: Ruzanna Abd Rahman

IKLAN