Resipi Punten. Menu Tradisi Sedap Warisan Orang Jawa

Share

Punten adalah sejenis makanan tradisi dan popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa terutamanya di daerah Sabak Bernam. Malah sajian ini juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Rupanya seakan-akan nasi impit namun sedikit berbeza rasanya lebih berlemak kerana nasi dimasak bersama santan dan garam. Punten biasanya dinikmati bersama sambal cili padi dan bawang di waktu pagi dan petang. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Siti Norliya ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

CARA MASAK PUNTEN & SAMBAL BILIS

BAHAN PUNTEN:

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras kemudian masukkan air, santan dan garam. Kacau seketika.

2. Masak nasi hingga kering kemudian tanak (biar keep warm) nasi punten selama lebih kurang 1-2 jam. ( boleh juga bila nasi masak, kacau rata kemudian terus ditumbuk ketika masih panas)

3. Kemudian tumbuk nasi tersebut ketika masih panas dan bolehlah dicetak bentuk lonjong menggunakan senduk.

BAHAN SAMBAL BILIS

  • 20 biji cili api (lebihkan jika mahu lebih pedas) – kisar
  • 3 biji bawang besar – kisar
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • Sedikit belacan – kisar
  • 2 genggam ikan bilis yang sudah dikopek
  • 1 genggam ikan bilis – kisar kasar
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing


2. Masukkan cili dan belacan. Tumis hingga garing.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak hingga pekat.
4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga betul-betul pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama Punten.

Kredit resipi & foto: Siti Norliya

 

Nak beli KUALI NON-STICK baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN